Pages

The Most Popular Traffic Exchange

Thursday, February 7, 2013

Dapat tiga, guna autoresponder percuma

Salam sejahtera kawan-kawan. Tajuk post kali ni mungkin agak mengelirukan jadi saya jelaskan apa sebenarnya yang saya maksudkan ini. Seperti yang saya terangkan dalam post sebelum ni, autoresponder trafficwave.net merupakan autoresponder yang sangat berbaloi untuk dilanggan kerana menawarkan harga yang murah dan tetap walaupun bilangan list anda bertambah dari semasa ke semasa.

Ini berbeza dengan autoresponder lain yang akan mengenakan bayaran tambahan jika bilangan senarai anda bertambah. Ini bermakna walaupun keuntungan anda bertambah dengan bertambahnya prospek tetapi pada masa yang sama anda juga kena keluarkan kos tambahan untuk bayaran bulanan autoresponder. Dalam trafficwave.net, jika list anda bertambah bermakna keuntungan anda juga bertambah kerana anda tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk autoresponder anda.

Guna autoresponder percuma

Selain daripada menikmati harga murah dan tetap setiap bulan, anda sebenarnya menggunakan autoresponder secara percuma sahaja jika sekiranya anda berjaya memperkenalkan autoresponder ini kepada tiga orang pelanggan baru. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana ia boleh terjadi? Untuk makluman anda jika sekiranya anda berjaya memperkenalkan autoresponder trafficwave.net kepada tiga orang, anda akan mendapat komisyen sebanyak USD6 setiap seorang. Ini bermakna komisyen yang anda terima sudah melebihi menutup yuran bulanan anda. Dengan itu anda sebenarnya menggunakan autoresponder barbayar secara percuma sahaja jika berjaya memperkenalkan kepada tiga orang pelanggan. Bukankah ini sesuatu yang amat menguntungkan anda?

Menggunakan autoresponder berbayar secara percuma sudah pasti akan meningkatkan lagi pendapatan anda dalam pemasaran emel kerana anda tidak lagi mengeluarkan kos untuk yuran bulanan autoresponder anda.

Jika anda seorang usahawan internet atau bakal menjalankan keusahawanan internet, saya harap anda mempertimbangkan untuk melanggan autoresponder trafficwave.net sebagai autoresponder anda.


Alatan Keusahawanan Internet Yang Disarankan :

No comments:

Post a Comment

5 Post Popular