Pages

The Most Popular Traffic Exchange

Thursday, January 17, 2013

Apa itu pemasaran email?


Istilah pemasaran email sudah kerap dibincangkan oleh pemasar affiliate melalui pemasaran email.

Apabila usahawan internet memperkatakan tentang pemasaran email, pembaca akan bertindak balas dalam pelbagai cara. Ada yang berasa meluat dan mungkin ada yang tertanya adakah email yang dihantar akan dibaca oleh penerima sebab dirinya sendiri pun tidak pernah membuka emel yang diterimanya.

Tapi adalah menjadi satu kesilapan besar jika kita melakukan tafsiran sendiri tanpa mendapatkan penjelasan yang jelas daripada mereka yang pakar dalam bidang pemasaran emel. Dalam hal ini saya bukanlah seorang pakar tetapi mempunyai sedikit pengalaman dalam pemasaran email.

Jadi biarlah saya meringkaskan pemasaran emel seperti berikut :

Pemasaran emel adalah penggunaan teknologi emel oleh sebuah kumpulan usahawan atau organisasi untuk berkomunikasi, memberitahu kepada pelanggan atau prospek atau ahli.Penggunaan email termasuk untuk sokongan, jualan produk, kemaskini sesuatu perkhidmatan dan sebagainya.

Ini tidak termasuk emel yang diterima tanpa kebenaran pelanggan. Ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral yang juga dikenali sebagai "SPAM" atau email yang tidak diminta.

Contoh bagaimana perniagaan menjana keuntungan yang besar dengan menggunakan strategi pemasaran email :

1. Kedai online menghantar kupon diskaun untuk barangan yang mereka jual.
2. Hotel menghantar emel tawaran harga percutian.
3. Air Asia menghantar emel apabila ada tambang diskaun ke destinasi tertentu.
4. Pemasar affiliate menghantar emel untuk memaklumkan produk terbaru di pasaran.
5. Dan banyak lagi...

Kebanyakan ahli perniagaan mendapat menfaat yang menguntungkan dengan menggunakan strategi pemasaran emel. Begitu juga dengan pemasar affiliate menjana komisyen ribuan ringgit setiap kali melakukan satu promosi.

Antara elemen-elemen kejayaan strategi pemasaran emel termasuklah :

1. Mempastikan penerima telah memberi kebenaran kepada penghantar emel untuk menghantar emel. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan borang langganan.
2. Mempastikan pengirim emel menyediakan link unsubscribe.
3. Pastikan kandungan emel yang dihantar releven dan mudah difahami..

Untuk membina senarai emel anda sendiri, saya cadangkan anda menyediakan borang langganan di blog anda. Ini bagi mempastikan pengunjung yang berkualiti mendapatkan maklumat daripada anda kerana pelanggan mengalu-alukan maklumat anda dan diterima oleh pelanggan dengan senang hati dan bukannya mendelete emel anda sebelum dibaca atau ditanda sebagai spam.

Jika anda baru dalam pemasaran emel untuk kos yang paling minima bagi mengurus senarai email anda tanpa had, saya cadangkan anda trafficwave.net untuk percuma 30 hari percubaan

Sekian, semoga bermanfaat..

Alatan Keusahawanan Internet Yang Disarankan :

No comments:

Post a Comment

5 Post Popular