Pages

The Most Popular Traffic Exchange

Thursday, October 2, 2014

Cara mengekalkan subscriber apabila beralih autoresponder

Apabila kita tidak berpuas hati dengan khidmat autoresponder asal, kita akan beralih ke autoresponder lain yang difikirkan bagus. Namun satu masalah yang akan timbul apabila mempunyai ramai subscriber. Timbul perasaan risau sama ada subscriber akan terus bersama kita atau sebaliknya. Pada kebiasaannya usahawan internet akan mengimport list untuk memindahkan list dari autoresponder asal ke autoresponder baru. Walaupun usahawan internet berjaya melakukan proses pengimportan list, autoresponder seperti trafficwave  akan menghantar emel pengesahan kepada subscriber. Masalah yang akan timbul apabila subscriber tidak akan melakukan pengesahan emel yang dihantar. Ini sesuatu yang amat mengecewakan.

Sebelum anda beralih ke autoresponder baru, sebaiknya anda menghantar emel kepada subscriber untuk memaklumkan bahawa anda dalam proses untuk melakukan pengemaskinian data. Oleh itu anda meminta subscriber anda untuk mengisi borang optin yang menggunakan autoresponder baru. Bagi meningkatkan minat langganan subscriber lama, anda perlu melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian subscriber seperti menawarkan hadiah istimewa kepada mereka yang  berjaya melakukan proses mengemaskini data. Pastikan hadiah yang anda berikan kepada subscriber merupakan hadiah yang belum pernah anda atau mana-mana usahawan berikan sebelum itu.

Walaupun bukan kesemua subscriber asal melakukan langganan ke autoresponder baru, itu bukanlah satu masalah besar buat anda. Ini adalah kerana anda sebenarnya berjaya mendapatkan list yang benar-benar berkualiti dan subscriber yang meneruskan langganan merupakan list yang berkualiti. Berkualiti maksud di sini merupakan yang bakal menjadi prospek anda pada masa akan datang.

Terdapat lagi satu cara untuk mendapatkan semula subscriber di autoresponder asal iaitu memberikan hadiah percuma kepada subscriber. Untuk itu anda mestilah menggunakan borang langganan dengan menggunakan autoresponder baru supaya secara automatiknya mereka akan menjadi subscriber anda.

Begitulah antara cara untuk mendapatkan semula subscriber anda apabila anda berpindah perkhidmatan autoresponder. Sekian.

Alatan Keusahawanan Internet Yang Disarankan :

No comments:

Post a Comment

5 Post Popular