Pages

The Most Popular Traffic Exchange

Wednesday, October 1, 2014

Tingkatkan downline Trafficwave Autoresponder anda

Trafficwave merupakan sebahagian daripada sistem keajaiban kewangan yang juga sumber pendapatan pasif saya setiap bulan sejak 2012. Walaupun pendapatan pasif saya dengan traffikwave hanya beberapa ratus dollar sahaja setiap bulan tetapi ia cukup berbaloi kerana saya menggunakan trafficwave secara percuma dan menjana pendapat pasif yang dapat meringankan sedikit kewangan saya..Orang kata, bolehlah beli bahan api yang semakin melambung.

Pendapatan melalui trafficwave adalah daripada program affiliate yang ditawarkan oleh trafficwave. Trafficwave menawarkan affiliate sistem downline sehingga 9 level yang memberikan peluang menjana pendapatan sehingga $84K setiap bulan. Untuk berjaya dalam pemasaran trafficwave bergantung kepada usaha diri sendiri. Ada ungkapan orang mat salleh yang berbunyi "Success leaves clues" dan " find someone that has what you want. Do what they do and you will get what they got" ??

Beberapa tips yang kita boleh kongsikan bersama cara mempromosikan link affiliate dan seterusnya mendapatkan downline trafficwave. Saya sudah dan masih melakukan cara ini. Saya percaya di luar sana terdapat berjuta manusia yang sentiasa mencari peluang untuk menambah pendapatan mereka.

Hanya dengan sebuah blog, anda boleh mempromosikan trafficwave kepada pengunjung-pengunjung blog anda. Buat review berdasarkan pengalaman sebenar anda sebagai pengguna trafficwave. Penerangan yang jelas tentang trafficwave akan mendorong pengguna baru untuk beralih ke trafficwave. Namun jika blog anda berbahasa melayu, sasaran anda terhad hanya pengguna di Malaysia sahaja.

Bagi mendapatkan peluang yang lebih besar, beralih melakukan promosi di peringkat antarabangsa. Oleh buat pengiklanan sama ada pengiklanan berbayar atau pengiklanan percuma. Menyentuh tentang pengiklanan percuma, ramai yang kurang yakin tetapi hakikatnya ia masih boleh masuk akal. Jadi dimana anda mengiklankan link affiliate trafficwave anda di peringkat antarabangsa?

1. TrafficExchange. Buka akaun secara percuma dan anda boleh upgrade jika anda mahu. Saya memilih tidak upgrade tetapi jika saya memerlukan lebih banyak paparan halaman yang saya iklankan, saya akan membeli lebih banyak kredit. Memadai $5.9 untuk 1000 kredit. bagi menambah kredit, anda boleh surfing. itupun jika rajin. Anda boleh melihat statistik paparan halaman yang anda promosi.

2. ListJoe. Ini yang paling menarik. Anda boleh menghantar email kepada semua member Joe ni. Ia adalah percuma dan boleh upgrad kepada ahli berbayar jika mahu. Free member dangan paid member pasti ada kelebihan masing-masing. Sebagai free member, saya hanya membeli kredit bagi membolehkan saya menghantar email kepada member ListJoe.

3. adf.ly. Perkhidmatan memendekkan url. Sebelum seseorang pergi ke halaman yang dituju, pengguna akan berhadapan dengan iklan terlebih dahulu. Iklan tersebut merupakan iklan berbayar daripada pengiklan. Saya belum pernah menggunakan perkhidmatan ini tetapi saya dapati terdapat usahawan Malaysia menggunakan perkhidmatan ini.

4.Co-op. Perkhidmatan yang disediakan oleh trafficwave untuk mempromosikan link affiliate trafficwave. Setiap ahli trafficwave yang hendak menyertai program ini akan dikenakan bayaran sebanyak $39.95.

5. HitLink. Sesiapa sahaja boleh membuka akaun dengan percuma. Mulakan surfing anda. Setiap surfing dengan durasi 5 saat akan diberi 1 kredit. 1 kredit bermakna iklan anda akan tampil hanya sekali sahaja. Semakin banyak kredit anda maka semakin banyak kalilah iklan anda di lihat oleh ahli.

sebenarnya terdapat banyak cara kita mempromosi link affiliate trafficwave. Keputusan dan pilihan ada di tangan anda. Jika anda sudah sudah upgrade akaun trafficwave anda, jangan berhenti melakukan promosi selagi kita memerlukan wang. Terima kasih.

Alatan Keusahawanan Internet Yang Disarankan :

No comments:

Post a Comment

5 Post Popular